Tuesday, 24 December 2013

Perkampungan Peers, UiTM Cawangan Sabah sesi 2013/2014, Bertempat di Menara Ilmu.

20hb December 2013 - 22hb December 2013

Perkampungan Peers; 
Kursus Pemantapan Organisasi bersama Ahli jawatankuasa Peers 2013/2014.

Assamualaikum w.b.t Salam sejahtera semuanya        

 

Badan Peers Kaunselor(PEERs) UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Perkampungan bertempat di Menara Ilmu UiTM.


Antara agenda-agenda yang dijalankan adalah

1) Taklimat Kepimpinan.
2) Pembentangan Program setiap kumpulan.
3) How to be Confident in Presentation in any situation, title, etc. 
4) Brainstorming program untuk setiap Exco. 

Badan PEERs Kaunselor menampilkan barisan baharu Ahli Jawatankuasa PEERs sesi 2013/2014. 



Gambar 1
Sesi bergambar dikalangan peserta dan Penasihat Badan PEERs,Puan Nor Hayat Zakaria




Gambar 2




Gambar 3
sesi Taklimat
                               

 
                                Gambar 4                                                  
         Para peserta sibuk dengan kerja berkumpulan                                               Gambar 5
                                                                                                                          puan Rozainun                                    


Gambar 6
sesi perbincangan dalam kumpulan


Gambar 7
sesi pembentangan idea projek yang bakal dijalankan


Gambar 8
pengisian aktiviti dikalangan peserta

Info dan aktiviti  PEERs UiTM Sabah akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.

~Exco Teknologi&Multimedia~



Sunday, 15 December 2013

Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) Badan Peers Kaunselor(PEERs) UiTM Cawangan Sabah sesi 2013/2014|pembubaran dan pelantikan Ahli JawatanKuasa PEERs UiTM Cawangan Sabah.

Assalammualaikum W.b.t dan salam sejahtera..

Alhamdullilah sekali lagi Badan Peers Kaunselor(PEERs) UiTm Cawangan Sabah telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) kali keenam Badan Peer Kaunselor(PEERs) UiTM Cawangan Sabah Sesi 2013/2014 dengan jayanya.

Bertarikh pada 14 Disember 2013(Sabtu),bertempat di Dewan Kuliah 1,Menara Ilmu pada 9.00am,antara agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut;
                  1.)ucapan aluan persiden
                  2.) ucapan penasihat Badan Peer Kaunselor
                  3.) pembentangan laporan tahunan
                  4.) pembentangan& pengesahan laporan kewangan 
                  5.)pembubaran jawatankuasa PEERs 2012/2013
                  6.)perlantikan jawatankuasa PEERs 2012/2014
                   7.) perkara berbangkit
                   8.) ucapan penangguhan dari pengerusi

Mesyuarat pada kali ini lebih tertumpu dengan  pembubaran dan pelantikan JawatanKuasa PEERs bagi sesi 2013/2014. Seperti badan persatuan yang lain, Badan PEERs Kaunselor menampilkan barisan baharu Ahli Jawatankuasa PEERs sesi 2013/2014. Mereka terdiri dari kalangan ahli PEERs yang memenuhi kriteria syarat perlantikan yang telah ditetapkan oleh penasihat 2 sendiri, Puan Nor Hayat Zakaria.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil sempena MAT PEERs kali keenam 2013/2014.
                                      
                                                                  Gambar 1
                                         Mesyuarat dijalankan selepas sahaja sesi pembubaran selesai
   
Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Gambar 8

Gambar 9

Gambar 10

Gambar 11

Gambar 12

Gambar 13

Gambar 14

Gambar 15

Gambar 16

Gambar 17

Gambar 18

Gambar 19

Semoga dengan perlantikan baharu Ahli JawatanKuasa PEERs UiTM Sabah sesi 2013/2014 ini dapat menjadikan Badan PEERs sebagai persatuan yang dapat menjadi peneraju minda mahasiswa.
Info dan aktiviti akan datang PEERs UiTM Sabah akan dikemaskini dari masa ke semasa.

~Exco Teknologi&Multimedia~

Thursday, 12 July 2012

Contoh Kerta Kerja Program

Contoh kertas kerja yang simple 
(Boleh digunakan untuk dikepilkan bersama Borang C)

Boleh download di sini ..


Contoh kertas kerja yang penuh dan menyeluruh 
(Lebih baik guna ini jika berurusan dengan pihak selain UiTM,  ex: sekolah, meminta tajaan, dll)

Boleh download di sini ..



Harap dapat membantu dalam menyiapkan kertas kerja projek anda.


p/s : Admin buat guna MS Word 2010 so kalau kamu punya version Microsoft Word bukan 2010, huruf-huruf dalam dokumen tu akan bersambung & ada sesetengah shape akan berubah dari asalnya. Rajin-rajinlah m'edit ya.. :D


-admin NFM-

Friday, 6 April 2012

Kenali PEERs

KENALI PEERs 

BAGAIMANA BADAN PEER KAUNSELOR (PEERs) DITUBUHKAN?

• PEERs ditubuhkan hasil cetusan idea seorang Kaunselor, Encik Bakri semasa beliau membuat lawatan ke Hawaii sekitar 1979 untuk kajian kaunseling.

• Beliau mendapati kepentingan rakan sebaya yang wujud dalam kehidupan seorang pelajar dalam mengejar matlamat dan kecemerlangan

• Hasil lawatan beliau, maka Badan Peer Kaunselor (PEERs) secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1983.

• Beliau sekarang ini menjawat jawatan sebagai Kaunselor Kanan di UiTM Melaka. PEERs Sabah

• PEERs Sabah di tubuhkan pada tahun 2005 oleh Puan Nor Hayat Zakaria yang mana pada mulanya ia di namakan sebagai PEERs Mentor Club. Kelab ini di tukarkan namanya kepada Badan Peer Kaunselor (PEERs) UiTM Sabah bagi meneguhkan lagi peranan peer kaunselor / kaunselor rakan sebaya ini yang mana bukan sahaja mempunyai ilmu kaunseling & membimbing tetapi juga mempunyai trait suka membantu dan beretika.


PENGERTIAN LOGO PEERs



Terdapat 3 karakter di dalam logo ini yang mewakili Kaunselor, Rakan Sebaya dan Pelajar yang sedang memegang buku dan berkaitan di antara satu sama lain.

Ia melambangkan ilmu kaunseling yang harus dimiliki dan dipelajari oleh setiap karakter tanpa mengira pangkat dan usia.

Namun begitu, sekali imbas ia kelihatan seperti anak panah yang membawa maksud setiap karakter ini menuju satu matlamat yang sama (menjadi seorang manusia yang berjaya).

Bulatan kecil berwarna hitam di tengah logo ini melambangkan satu matlamat atau hala tuju yang satu dan bulatan besar melambangkan sikap bersatu-padu di antara setiap karakter.

MOTTO

POSITIF  |  EMPATI  |  BERETIKA  |  BERKARISMA


OBJEKTIF PEERS

·       Untuk melatih dan menerapkan nilai-nilai atau kemahiran mendengar, menolong, kemahiran asas kaunseling dan asas komunikasi.

·       Melatih interaksi yang lebih baik, cuba memahami perasaan orang lain, memberi tindakbalas, melatih diri memahami kekuatan dan juga kelemahan diri sendiri dan membentuk sikap positif.

·       Mencungkil bakat daripada pelajar berpotensi memimpin dan mengambil peranan sebagai pemimpin yang berdisplin dan beretika.

·       Memberi kesan berfaedah dalam jangka masa panjang dan pendek kepada pelajar dengan kemahiran soft skill bagi membantu dalam hubungan manusia.


KELEBIHAN ANDA MENYERTAI PEERS
  •  Belajar ilmu kaunseling daripada kaunselor – kaunselor UiTM.
  •  Mempraktikkan ilmu kaunseling anda dengan bertindak sebagai peers (rakan sebaya) di kalangan  rakan dan pelajar.
  •  Menyertai aktiviti indoor dan outdoor yang berkonsepkan kaunseling.
  •  Mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli dan kaunselor di mana masing- masing berpegang kepada etika kaunselor rakan sebaya.