Latar Belakang



Badan Peer Kaunselor (PEERs) UiTM Cawangan Sabah merupakan sebuah kelab berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Sabah dimana ianya menghimpunkan pelajar UiTM Sabah samada diperingkat Diploma mahupun Ijazah. Sebelum ini, kelab ini menggunakan nama "Kelab PEERs" dimana ianya telah ditubuhkan pada awal 2007 dengan bermatlamat untuk mendidik mahasiswa agar dapat menyumbang ke arah pembangunan masyarakat secara kompeten serta bertujuan untuk melahirkan pemimpin mahasiswa yang berkarisma. Menjelang tahun 2010, ianya telah bertukar nama kepada Badan Peer Kaunselor hasil ilham dan inspirasi Badan Peer Kaunselor UiTM Shah Alam. Pertukaran nama kelab ini juga adalah atas matlamat keseragaman. 

Pada permulaan penubuhan kelab ini, keahliannya hanya dibuka kepada para Peers Mentor, namun demi mencapai kelainan dan memberi peluang serta pendedahan kepada pelajar, keahlian kelab ini telah dibuka kepada semua pelajar UiTM Sabah. Pembukaan keahlian terbuka ini telah menunjukkan impak positif dan bilangan pelajar yang menyertai kelab ini semakin bertambah.


Badan Peer Kaunselor (PEERs) ini bernaung di bawah Unit Kerjaya & Kaunseling (UKK) UiTM Cawangan Sabah dan bertemakan motto "Peneraju Minda Mahasiswa". 

Antara aktiviti PEERs ialah:
1) Kursus Pemantapan PEERs
2) Modul MDAB
3) Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)
4) Motivasi pelajar sekolah
5) Lawatan 'Benchmark' IPT
6) Mengendalikan program bawah seliaan UKK