Friday, 6 April 2012

Kenali PEERs

KENALI PEERs 

BAGAIMANA BADAN PEER KAUNSELOR (PEERs) DITUBUHKAN?

• PEERs ditubuhkan hasil cetusan idea seorang Kaunselor, Encik Bakri semasa beliau membuat lawatan ke Hawaii sekitar 1979 untuk kajian kaunseling.

• Beliau mendapati kepentingan rakan sebaya yang wujud dalam kehidupan seorang pelajar dalam mengejar matlamat dan kecemerlangan

• Hasil lawatan beliau, maka Badan Peer Kaunselor (PEERs) secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1983.

• Beliau sekarang ini menjawat jawatan sebagai Kaunselor Kanan di UiTM Melaka. PEERs Sabah

• PEERs Sabah di tubuhkan pada tahun 2005 oleh Puan Nor Hayat Zakaria yang mana pada mulanya ia di namakan sebagai PEERs Mentor Club. Kelab ini di tukarkan namanya kepada Badan Peer Kaunselor (PEERs) UiTM Sabah bagi meneguhkan lagi peranan peer kaunselor / kaunselor rakan sebaya ini yang mana bukan sahaja mempunyai ilmu kaunseling & membimbing tetapi juga mempunyai trait suka membantu dan beretika.


PENGERTIAN LOGO PEERs



Terdapat 3 karakter di dalam logo ini yang mewakili Kaunselor, Rakan Sebaya dan Pelajar yang sedang memegang buku dan berkaitan di antara satu sama lain.

Ia melambangkan ilmu kaunseling yang harus dimiliki dan dipelajari oleh setiap karakter tanpa mengira pangkat dan usia.

Namun begitu, sekali imbas ia kelihatan seperti anak panah yang membawa maksud setiap karakter ini menuju satu matlamat yang sama (menjadi seorang manusia yang berjaya).

Bulatan kecil berwarna hitam di tengah logo ini melambangkan satu matlamat atau hala tuju yang satu dan bulatan besar melambangkan sikap bersatu-padu di antara setiap karakter.

MOTTO

POSITIF  |  EMPATI  |  BERETIKA  |  BERKARISMA


OBJEKTIF PEERS

·       Untuk melatih dan menerapkan nilai-nilai atau kemahiran mendengar, menolong, kemahiran asas kaunseling dan asas komunikasi.

·       Melatih interaksi yang lebih baik, cuba memahami perasaan orang lain, memberi tindakbalas, melatih diri memahami kekuatan dan juga kelemahan diri sendiri dan membentuk sikap positif.

·       Mencungkil bakat daripada pelajar berpotensi memimpin dan mengambil peranan sebagai pemimpin yang berdisplin dan beretika.

·       Memberi kesan berfaedah dalam jangka masa panjang dan pendek kepada pelajar dengan kemahiran soft skill bagi membantu dalam hubungan manusia.


KELEBIHAN ANDA MENYERTAI PEERS
  •  Belajar ilmu kaunseling daripada kaunselor – kaunselor UiTM.
  •  Mempraktikkan ilmu kaunseling anda dengan bertindak sebagai peers (rakan sebaya) di kalangan  rakan dan pelajar.
  •  Menyertai aktiviti indoor dan outdoor yang berkonsepkan kaunseling.
  •  Mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli dan kaunselor di mana masing- masing berpegang kepada etika kaunselor rakan sebaya.