Contoh kertas kerja yang simple
(Boleh digunakan untuk dikepilkan bersama Borang C)
Boleh download di sini ..
Contoh kertas kerja yang penuh dan menyeluruh
(Lebih baik guna ini jika berurusan dengan pihak selain UiTM, ex: sekolah, meminta tajaan, dll)
Boleh download di sini ..
Harap dapat membantu dalam menyiapkan kertas kerja projek anda.
p/s : Admin buat guna MS Word 2010 so kalau kamu punya version Microsoft Word bukan 2010, huruf-huruf dalam dokumen tu akan bersambung & ada sesetengah shape akan berubah dari asalnya. Rajin-rajinlah m'edit ya.. :D
-admin NFM-
Thursday, 12 July 2012
Friday, 6 April 2012
Kenali PEERs
KENALI PEERs
BAGAIMANA BADAN PEER KAUNSELOR (PEERs) DITUBUHKAN?
• PEERs ditubuhkan hasil cetusan idea seorang Kaunselor, Encik Bakri semasa beliau membuat lawatan ke Hawaii sekitar 1979 untuk kajian kaunseling.
• Beliau mendapati kepentingan rakan sebaya yang wujud dalam kehidupan seorang pelajar dalam mengejar matlamat dan kecemerlangan
• Hasil lawatan beliau, maka Badan Peer Kaunselor (PEERs) secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1983.
• Beliau sekarang ini menjawat jawatan sebagai Kaunselor Kanan di UiTM Melaka. PEERs Sabah
• PEERs Sabah di tubuhkan pada tahun 2005 oleh Puan Nor Hayat Zakaria yang mana pada mulanya ia di namakan sebagai PEERs Mentor Club. Kelab ini di tukarkan namanya kepada Badan Peer Kaunselor (PEERs) UiTM Sabah bagi meneguhkan lagi peranan peer kaunselor / kaunselor rakan sebaya ini yang mana bukan sahaja mempunyai ilmu kaunseling & membimbing tetapi juga mempunyai trait suka membantu dan beretika.
PENGERTIAN LOGO PEERs
Terdapat 3 karakter di dalam logo ini yang mewakili Kaunselor, Rakan Sebaya dan Pelajar yang sedang memegang buku dan
berkaitan di antara satu sama lain.
Ia melambangkan ilmu kaunseling yang harus dimiliki dan
dipelajari oleh setiap karakter tanpa mengira pangkat dan usia.
Namun begitu, sekali imbas ia kelihatan seperti anak panah
yang membawa maksud setiap karakter ini menuju satu matlamat yang sama (menjadi
seorang manusia yang berjaya).
Bulatan kecil berwarna hitam di tengah logo ini melambangkan
satu matlamat atau hala tuju yang satu dan bulatan besar melambangkan sikap
bersatu-padu di antara setiap karakter.
MOTTO
POSITIF |
EMPATI | BERETIKA
| BERKARISMA
OBJEKTIF PEERS
· Untuk melatih dan menerapkan
nilai-nilai atau kemahiran mendengar, menolong, kemahiran asas kaunseling dan
asas komunikasi.
· Melatih interaksi yang lebih baik,
cuba memahami perasaan orang lain, memberi tindakbalas, melatih diri memahami
kekuatan dan juga kelemahan diri sendiri dan membentuk sikap positif.
· Mencungkil bakat daripada pelajar
berpotensi memimpin dan mengambil peranan sebagai pemimpin yang berdisplin dan
beretika.
· Memberi kesan berfaedah dalam jangka
masa panjang dan pendek kepada pelajar dengan kemahiran soft skill bagi
membantu dalam hubungan manusia.
KELEBIHAN
ANDA MENYERTAI PEERS
- Belajar ilmu kaunseling daripada kaunselor – kaunselor UiTM.
Subscribe to:
Posts (Atom)